WELLINGTON, 3 OKT – New Zealand mengumumkan hari ini mereka meningkatkan sekatan sempadannya, selepas kes baharu COVID-19 dikesan di kawasan-kawasan yang sebelum ini bebas daripada koronavirus.
“Kami memperkenalkan peraturan bagi pelancong melalui udara berumur 17 tahun dan ke atas, bukan warganegara New Zealand, dimestikan mempunyai vaksin lengkap untuk memasuki New Zealand,” menurut Menteri Respons COVID-19, Christ Hipkins.
Pengangkutan Air New Zealand turut mengumumkan mereka melaksanakan dasar ‘tiada suntikan, tiada penerbangan’ bagi penumpang-penumpang dari kesemua penerbangan antarabangsa bermula 1 Februari.
Negara tersebut sebelum ini berjaya membendung penularan virus – melaporkan hanya 27 kematian daripada lima juta penduduknya – hasil pengawalan sempadan yang ketat dan perintah berkurung, membolehkan aktiviti sebelum pandemik sebahagian besarnya disambung semula.
Tetapi sekatan kembali dikenakan ke atas bandar Hamilton dan pekan berdekatan, Raglan dengan perintah berkurung selama lima hari, dan hanya perjalanan penting dibenarkan, selepas dua orang diuji positif.
Kes tersebut dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan penularan terkini di Auckland.
Bandar yang mempunyai dua orang juta penduduk itu melaksanakan perintah berkurung selama hampir tujuh minggu sebagai usaha untuk mengekang penularan varian Delta yang mudah menular dan setakat ini menjangkiti 1,320 orang.
Kira-kira 2,000 orang menyertai perhimpunan antiperintah berkurung di Auckland pada hujung minggu, dengan Jacinda Ardern menyifatkan tunjuk perasaan tersebut sebagai ‘tindakan mengejutkan’ bagi mereka yang patuh arahan ketat pengharaman perhimpunan awam.
“Ia adalah tindakan salah dan tidak betul dari segi moral,” kata perdana menteri itu.
New Zealand kini melaksanakan strategi penghapusan ‘COVID-19 sifar’.
Negara tersebut bebas dari jangkitan komuniti selama enam bulan sebelum penularan terkini di Auckland. – AFP