Sunday, September 8, 2024
34.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    NZ komited sokong kesejahteraan kanak-kanak Pasifik

    WELLINGTON, 13 OGOS – New Zealand (NZ) akan melabur 4.4 juta dolar NZ (2.65 juta dolar AS) untuk menyokong projek yang diterajui oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCF) bagi meningkatkan hasil pembangunan awal kanak-kanak di seluruh Pasifik Utara, kata satu kenyataan kerajaan hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri NZ, Winston Peters membuat kenyataan itu semasa lawatan ke Pohnpei di Negara Bersekutu Micronesia (FSM).

    Meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh Pasifik merupakan kawasan tumpuan pembangunan yang penting untuk NZ, kata Peters sambil menambah bahawa tumpuan ini disokong oleh komitmen terhadap pembangunan ekonomi jangka panjang untuk manfaat generasi semasa dan akan datang.

    FSM ialah pusingan ketiga jelajah Pasifik empat negara delegasi yang akan diikuti oleh Palau. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda