Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    NZ lanjut perintah berkurung bendung varian Delta

    WELLINGTON, 20 OGOS – New Zealand melanjutkan perintah berkurung COVID-19 kebangsaan hari ini ketika kes jangkitan terus meningkat dan penularan varian Delta merebak dari Auckland ke Wellington.

    Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata perintah berkurung sebelumnya yang dilaksanakan selama tiga hari, yang mansuh hari ini, akan dilanjutkan selama empat hari lagi.

    Beliau berkata New Zealand masih cuba menilai skala penularan, yang muncul di Auckland pada minggu ini, menamatkan tempoh tanpa penularan komuniti selama enam bulan.

    “Kami masih kurang jelas skala penuh penularan Delta ini. Secara keseluruhan, ia memberitahu kita untuk sentiasa terus berjaga-jaga,” tambahnya.

    Ardern berkata kesemua kes, termasuk yang berlaku di Wellington, mempunyai hubung kait, kurang menimbulkan kebimbangan.

    Jacinda Ardern semasa menghadiri sidang media di Wellington baru-baru ini. New Zealand akan melanjutkan perintah berkurung COVID-19 ketika kes jangkitan terus meningkat di negara itu.- AP

    “Itu yang penting, ini bermakna kami mula mendapatkan gambaran mengenai kluster tersebut,” katanya.

    New Zealand menerima pujian atas tindakan negara membendung koronavirus, dengan menumpukan penyingkiran virus daripada komuniti berbanding membendungnya, dan setakat ini hanya 26 kematian dicatatkan dalam penduduk seramai lima juta orang.

    Tetapi pengagihan vaksin agak terbantut sedikit, dengan hanya sekitar 20 peratus penduduk sudah mendapatkan vaksin penuh.

    Negara jirannya, Australia, turut menggunakan strategi serupa ‘COVID sifar’, namun bergelut untuk membendung penularan varian Delta.

    Penularan di New Zealand dikesan daripada seorang pengembara yang pulang dari Sydney pada awal bulan ini, meskipun masih tidak jelas bagaimana virus tersebut Aberpindah kepada komuniti.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -