NZ lapor 6 kes baharu

WELLINGTON, 18 JAN – New Zealand melaporkan enam kes baharu COVID-19 membabitkan mereka yang sedang menjalani pengasingan.

Menurut agensi berita Xinhua, kelmarin, tiada kes baharu dalam komuniti dilaporkan. Satu kes baharu diklasifikasikan tidak berjangkit, demikian menurut kenyataan kementerian kesihatan hari ini.

Tiga pesakit yang dilaporkan dijangkiti virus itu sebelum ini sudah pulih. Jumlah kes aktif sebanyak 85 dan kes disahkan berjumlah 1,906. – Bernama