NZ longgar lockdown minggu depan

WELLINGTON, 20 APRIL – New Zealand akan mula melonggarkan perintah berkurung (lockdown) disebabkan koronavirus minggu depan selepas mendakwa berjaya menghentikan ‘penularan tidak terkawal’ penyakit itu, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern hari ini.

“Kami telah melakukan apa yang sebahagian negara dapat lakukan. Kami telah menghentikan gelombang kemusnahan,” kata Ardern.

Beliau berkata New Zealand akan menurunkan amaran kecemasan maksimum COVID-19 Tahap Empat kepada Tahap Tiga lewat malam Isnin, 27 April dan mengekalkannya selama dua minggu untuk menilai situasi.

Pengumuman itu bermaksud perniagaan-perniagaan dianggap selamat boleh dibuka semula, bersama beberapa buah sekolah, sementara pembatasan terhadap perjalanan tempatan juga dikurangkan manakala perhimpunan sekitar 10 orang dibenarkan untuk acara-acara seperti perkahwinan atau pengebumian. – AFP