NZ, Mali catat kematian pertama

WELLINGTON, 29 MAC – Seorang wanita berusia 70-an menjadi mangsa pertama COVID-19 di New Zealand, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Ashley Bloomfield berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Greymouth hari ini. Wanita itu diuji positif COVID-19 pada Jumaat.

New Zealand mencatatkan 60 kes baharu dan tiga kes disyaki hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 514.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Mali juga mengesahkan kematian pertama akibat COVID-19. – Bernama