NZ mansuh kadar faedah kali kedua

WELLINGTON, 24 NOV – Bank pusat New Zealand memansuhkan kadar faedah asasnya dua bulan berturut-turut hari ini, membayangkan lebih banyak kenaikan kerana ia berusaha untuk membendung peningkatan inflasi.

Bank Simpanan New Zealand memansuhkan kadar faedah asas 0.25 peratus mata kepada 0.75 peratus, berikutan peningkatan serupa pada Oktober yang menamatkan pembekuan kadar selama 18 bulan.

“Ia masih berpatutan untuk terus mengurangkan rangsangan monetari bagi mengekalkan kestabilan harga dan mendukung kemapanan pekerjaan,” menurut kenyataan bank.

Langkah tersebut sudah dijangkakan dan pakar ekonomi meramal kos pinjaman akan mencecah 1.5 peratus menjelang pertengahan 2022.

Inflasi meningkat ketika ekonomi dunia semakin pulih daripada kelembapan disebabkan pandemik, mencecah 4.9 peratus sehingga September, jauh melebihi sasaran 1.0 – 3.0 oleh bank.

Bank berkata sekatan berkaitan pandemik hingga penularan varian Delta di Auckland tidak menghambat aktiviti ekonomi.

“Meskipun dengan perintah berkurung ini, kekuatan ekonomi masih disokong oleh isi rumah dan kekuatan akaun perniagaan, bantuan dasar fiskal dan pengembalian eksport yang kukuh,” tambahnya.

Pihak bank turut mengambil maklum “pemansuhan lebih banyak dasar monetari rangsangan dijangka dibuat pada bila-bila masa berdasarkan ramalan terma pertengahan bagi inflasi dan pekerjaan.” – AFP