NZ rancang laksana lebih banyak gelembung bebas kuarantin

WELLINGTON, 13 MEI – New Zealand merancang lebih banyak peluang perjalanan bebas kuarantin bagi pelawat yang sudah pun divaksin terhadap COVID-19 selepas ia membuka semula sempadannya dengan Australia dan tidak lama, dengan Cook Island, Perdana Menteri Jacinda Ardern menjelaskan hari ini.

“Matlamat kami sekarang adalah bergerak ke arah menghubungkan semula orang-orang kami dengan dunia,” katanya memberi petunjuk dalam ucapan pra bajetnya.

Semenjak perjalanan bebas kuarantin trans-Tasman bermula 19 April lalu, lebih daripada 70,000 orang terbang ke New Zealand dari Australia dan lebih 57,000 melakukan perjalanan bertentangan, media tempatan melaporkan.

Perjalanan bebas kuarantin akan bermula antara Cooks Islands dan New Zealand pada Isnin depan.

Ardern mengatakan Niue merupakan senarai tambahan seterusnya, menekankan peluang untuk meneroka perjalanan bebas kuarantin dengan negara-negara lain, meskipun tugasan itu ‘bukanlah tanpa risiko’ dan kerumitan.

Menurutnya, tidak pelan khusus dijanjikan namun New Zealand akan terus ‘terbuka’. – Xinhua