Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    NZ semakin hampir bendung penyakit jangkitan lembu

    WELLINGTON, 5 MEI – New Zealand semakin hampir untuk membendung penyakit yang menjangkiti 10 juta ekor lembu selepas kempen selama empat tahun yang menelan belanja ratusan juta dolar dan mengakibatkan lebih 175,000 ekor lembu terpaksa dikorbankan.

    Menteri Pertanian, Damien O’Connor hari ini berkata 271 buah ladang bebas daripada Mikoplasma bovis dan hanya sebuah ladang di negara itu yang masih dijangkiti bakteria.

    New Zealand akan menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan penyakit itu sepenuhnya.

    Jika jangkitan dikesan di sebuah ladang, lembu yang sihat turut terpaksa dikorbankan bagi memastikan penyakit itu tidak menular.

    “Penternak tidak gembira untuk melihat binatang peliharaan mereka dikorbankan. Mereka membuat pelaburan yang besar ke atas haiwan ternakan,” kata O’Connor.

    Penternakan merupakan penyumbang eksport terbesar dan terpenting bagi ekonomi negara itu.

    Apabila Mikoplasma bovis pertama kali dikesan di New Zealand pada 2017, pihak kerajaan telah membuat respons segera untuk membendung penularan.

    Mula dikesan pada lembu di Amerika Syarikat dan Eropah, Mikroplasma bovis adalah satu bakteria yang boleh menyebabkan lembu untuk mengalami mastitis, radang paru-paru, arthiritis dan penyakit yang lain. – AP

    New Zealand semakin hampir membendung penyakit yang menjangkiti 10 juta ekor lembu selepas kempen selama empat tahun yang turut mengakibatkan lebih 175,000 ekor lembu terpaksa dikorbankan.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...