NZ tangguh pilihan raya kerana gelombang kedua COVID-19

WELLINGTON, 17 OGOS – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini menangguhkan pilihan raya negara untuk fokus memerangi gelombang kedua COVID-19.

Dengan lebih daripada 21.5 juta kes di seluruh dunia, gelombang kedua jangkitan virus juga mengancam Eropah di mana percutian musim panas mendorong kepada jangkitan COVID-19.

Penangguhan pilihan raya New Zealand hingga 17 Oktober berlaku setelah penemuan kes COVID-19 yang mengejutkan di Auckland minggu lalu, mengakhiri 102 hari kemenangan negara tanpa penularan wabak dalam komuniti.

“Keputusan ini memberi waktu kepada semua selama sembilan minggu lagi untuk berkempen dan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai cukup waktu untuk memastikan pilihan raya dapat berlangsung,” kata Ardern.

Dia mengatakan kembalinya virus itu yang membuat kota terbesar di New Zealand dalam perintah berkurung telah mengejutkan dan mungkin menjejaskan semangat orang ramai untuk mengundi dalam pilihan raya September ini. – AFP