NZ umum kes baharu COVID-19

WELLINGTON, 18 OKT – New Zealand (NZ) mengesahkan jangkitan baharu COVID-19 hari ini, dua minggu selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern meng-isytiharkan negara itu berjaya menangani penularan virus sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield, berkata kes baharu itu membabitkan seorang pekerja di pelabuhan yang disahkan positif, semalam.

“Individu itu disaring pada hari dia mengalami gejala, justeru Kementerian Kesihatan mengasingkan dirinya daripada kontak rapat,” katanya.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Parti Buruh Ardern meraih kemenangan pilihan raya, yang dilihat dipengaruhi dengan usaha kerajaan pimpinannya menangani pandemik berkenaan. – AFP