WASHINGTON, 25 Sept – Bekas Presiden AS, Barack Obama secara peribadi menggesa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg untuk menangani kemunculan berita palsu dalam rangkaian sosial itu semasa mesyuarat yang diadakan sejurus selepas pilihan raya tahun lepas, lapor Washington Post kelmarin.
Pertemuan itu dilaporkan berlaku semasa mesyuarat para pemimpin global di Lima, Peru pada 19 November, dua bulan sebelum pelantikan Trump dan beberapa hari selepas Zuckerberg menyangkal sebagai ‘gila’ idea yang memperdaya kisah yang ditimbulkan oleh operasi Rusia yang telah membuat impak besar dalam hasil pengundian.
“Zuckerberg menyedari masalah yang dibawa oleh berita palsu. Namun dia memberitahu Obama bahawa mesej itu tidak tersebar dalam Facebook dan bukan dapat diatasi dengan mudah,” kata akhbar, memetik pihak yang mengetahui mengenai perkara itu.
Laporan itu muncul beberapa hari selepas Facebook mengumumkan ia akan menyerahkan kepada Kongres, pengiklanan yang ditemui yang dibawa oleh akaun palsu berkaitan Rusia, yang berhasrat untuk memarakkan ketegangan politik menjelang dan semasa pilihan raya. Kremlin bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan. – AFP