Obama gesa rakyat undi Biden

WASHINGTON, 22 OKT – Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru bekas presiden Barack Obama pada perhimpunan di Philadelphia, Pennsylvania, satu daripada kawasan panas pengundian itu.

“Kita perlu lebih ramai keluar mengundi tidak seperti sebelum ini… kita tidak boleh membiarkan wujud sebarang keraguan dalam pilihan raya ini. Kita tidak boleh mempunyai sebarang keraguan…

“Saya tidak kisah mengenai undi. Ramai yang selesa duduk di rumah dan malas serta berasa selesa (seperti pada 2016).

“Tapi kali ini tidak boleh,” kata Obama semalam. – Bernama