Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Obama, Michelle rasmi potret rasmi di Rumah Putih

-

WASHINGTON, 8 SEPT – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.

Potret presiden AS ke-45 hasil karya Robert McCurdy yang memperlihatkan Obama segak mengenakan sepasang sut hitam, berkemeja putih dan bertali leher kelabu, lapor Agensi Anadolu.

Sebelum ini McCurdy penah menghasilkan potret tokoh terkenal termasuk Toni Morrison, Dalai Lama, Nelson Mandela dan Muhammad Ali.

“Apa yang saya suka tentang hasil kerja Roberts ialah dia melukis subjek seadanya.

“Dia akan melukis mirip wajah sebenar. Anda akan dapat lihat dia tidak menyembunyikan walau sehelai uban saya dan menolak permintaan saya untuk mengecilkan telinga saya.

“Karyanya sangat sempurna, seakan anda bersemuka dengannya. Dan itu menarik perhatian saya,” kata Obama.

Sementara itu, potret Michelle Obama berpakaian gaun biru sambil duduk di atas sofa kelihatan elegan yang dilukis oleh Sharon Sprung.

“Agak janggal untuk saya berdiri di ruang bersejarah ini. Melihat potret besar yang cantik ini merenung saya.

“Namun, detik seperti ini penting. Mengapa semua ini amat diperlukan. Tradisi seperti ini, bukan hanya untuk individu yang memegang jawatan ini, tetapi untuk semua orang yang mengambil bahagian dan turut sama menyaksikan demokrasi kita,” kata Michelle. – AP/Bernama

Bekas Presiden AS dan bekas wanita pertama merasmikan potret rasmi Rumah Putih. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -