Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    OBBD tingkat kemahiran jurulatih

    Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

     

    TEMBURONG, 14 Ogos – Seramai 19 orang jurulatih dari Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Jabatan Belia dan Sukan dan Persatuan CARE Negara Brunei Darussalam menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan kursus latihan selama 12 hari yang berakhir dengan majlis penutup di Pusat Logistik OBBD, Batang Duri, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat 1 OBBD, Haji Rosfazillah bin Haji Yusli yang turut menyampaikan cenderahati kenangan kepada Pengarah Explora Malaysia, Muhd Fauzi bin Jabar.

    Pegawai Latihan OBBD, Hajah Sofinaz binti Haji Abdul Majid dalam ucapan alu-aluannya di awal majlis menjelaskan bahawa tujuan dan matlamat program latihan berkenaan adalah untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi yang diiktiraf antarabangsa dalam pendidikan luar yang memfokuskan kepada ‘Wilderness First Aid’, ‘Basic Rafting’, Swiftwater rescue’, ‘Star 1 /2 white water kayaking’.

    Jelasnya lagi, program berkenaan juga sekali gus sebagai ulang kaji untuk para jurulatih yang sedia ada serta mendapatkan idea-idea baru dan berkongsi pengalaman antara peserta dan jurulatih profesional yang dijemput khas dari Malaysia. Acara kemudian diteruskan dengan ucapan wakil peserta, Awang Zulkarnain bin Haji Husin yang berkesempatan berkongsi pengalaman para peserta sepanjang kursus diadakan.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para jurulatih yang menamatkan kursus latihan.
    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para jurulatih yang menamatkan kursus latihan.
    Haji Rosfazillah ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang jurulatih.
    Haji Rosfazillah ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang jurulatih.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda