ISTANBUL, 19 MAC – Bekas pemain antarabangsa Nigeria, John Obi Mikel telah keluar dari kelab bolasepak Turki, Trabzonspor, kata pasukan itu, selepas bekas pemain tengah Chelsea itu berkata dia tidak mahu bermain kerana koronavirus (COVID-19) yang sedang merebak di seluruh dunia.
“Kontrak itu telah ditamatkan dengan persetujuan bersama John Obi Mikel,” kata Trabzonspor dalam satu kenyataan.
Perjanjian perpindahan antara pemain dan pasukan itu bermula pada 30 Jun tahun lalu dan sehingga 31 Mei 2021.
Dia mengkritik langkah Persekutuan Bolasepak Turki (TFF) kerana membiarkan perlawanan Liga Super diteruskan tanpa penonton, tidak seperti di negara lain di mana permainan telah digantung.
“Terdapat lebih banyak kehidupan daripada bola sepak, saya tidak merasa selesa dan tidak mahu bermain bola sepak dalam situasi ini,” jelas Obi Mikel di platform media sosialnya.

“Semua orang perlu pulang ke rumah dengan keluarga dan orang tersayang dalam masa yang kritikal. Musim harus dibatalkan kerana dunia menghadapi saat yang genting,” tambahnya.
Pemain berusia 32 tahun itu bermain untuk Chelsea selama lebih 10 tahun. Beliau bersara dari pasukan antarabangsa selepas Piala Negara Afrika tahun lalu dan telah membuat 89 penampilan untuk Nigeria.
TFF menolak seruan yang semakin meningkat agar perlawanan digantung.
Antara yang menentang pertandingan Liga Super ialah ketua Trabzonspor, Ahmet Agaoglu yang mengatakan sebarang keputusan untuk membatalkan akan membawa kepada kesukaran.
Trabzonspor salah satu daripada kelab bukan utama di Istanbul, kini berada di puncak Liga Super Turki.
Turki mengesahkan kematian berkaitan COVID-19 pertama pada Selasa lalu dan bilangan kes di negara itu meningkat kepada 98 orang. – AFP