Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Oblak wira Atletico

    MADRID, 16 Mac – Atletico Madrid menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim keempat berturut-turut dan kali ini mereka perlu berterima kasih kepada penjaga gol Jan Oblak kerana berjaya mengelak kekalahan selepas seri 0-0 dengan Bayer Leverkusen semalam.

    Oblak mempamerkan tiga penyelamatan luar biasa pada pertengahan perlawanan babak kedua ketika Atletico bertahan dengan kelebihan 4-2 perlawanan pertama bagi mengambil tempat dalam undian suku akhir esok.

    “Bukan mudah untuk sampai ke suku akhir empat tahun berturut-turut. Saya harap Atletico akan terus seperti ini, terus berkembang seperti beberapa tahun kebelakangan ini dan saya yakin kami boleh mencapai sesuatu yang hebat,” Oblak memberitahu BeIN Sport Sepanyol.

    Pada malam Atletico yang hanya mendapat beberapa peluang, penyokong tuan rumah pula tidak menyambut kepulangan wira Fernando Torres dengan sorakan.

    Dua minggu selepas pengsan berlaga kepala, jurulatih Atletico Diego Simeone meninggalkan Torres di bangku simpanan sepanjang 90 minit.

    Oblak menangkap bola semasa menangkis serangan balas Leverkusen pada pertemuan pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AFP
    Oblak menangkap bola semasa menangkis serangan balas Leverkusen pada pertemuan pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara di stadium Vicente Calderon, kelmarin. – AFP

    “Sentiasa ada rasa semangat dan keghairahan. Liga Juara-Juara sentiasa istimewa. Jelas, ini adalah satu langkah yang sangat penting untuk kelab, “kata Simeone yang telah membawa Atletico ke final dalam dua daripada tiga musim yang lalu.

    Jurulatih baru Leverkusen Tayfun Korkut mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara selepas Roger Schmidt dipecat apabila Leverkusen tewas aksi pertama disusuli aib dibelasah 6-2 di Borussia Dortmund.

    Korkut berjaya menaikan semangat pasukannya sehingga Atletico terpaksa berhempas-pulas sepanjang 90 minit.

    Walau bagaimanapun, kerosakan telah berlaku ketika tuan rumah mengekalkan 17 perlawanan tanpa bolos di laman sendiri selepas 21 perlawanan Liga Juara-Juara.

    “Saya mengucapkan tahniah kepada Atletico Madrid terutama penjaga gol mereka Oblak atas prestasi yang menakjubkan,” kata Korkut.

    “Saya belum pernah melihat apa-apa seperti ini (tiga kali berjaya menyelamatkan gawang). Saya melihat sekali lagi dan bukan sahaja beliau beraksi dengan baik.

    Ramai juga pemain pertahanan melibatkan diri untuk menyekat ancaman pemain kami. Lihatlah bagaimana pasukan ini mempertahankan gawang mereka.”

    Leverkusen mempunyai peluang untuk menghidupkan perlawanan selepas empat minit tetapi rembatan Kevin Volland ke arah Oblak jauh melepasi tiang.

    Atletico mengambil masa sehingga tujuh minit sebelum rehat untuk mengancam sehingga memaksa Bernd Leno bekerja keras menangkis dua percubaan dalam 60 saat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda