Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Obor Paralimpik Beijing dinyalakan di Stoke Mandeville

    LONDON, 1 MAC – Obor Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dinyalakan di Stadium Stoke Mandeville, Buckinghamshire, United Kingdom (UK), pada Isnin.

    Terletak sekitar 80 kilometer dari barat laut London, Stoke Mandeville adalah tempat kelahiran sukan paralimpik.

    Duta China ke UK, Zheng Zeguang menyifatkan nyalaan obor itu sebagai cerminan keberanian, keazaman, inspirasi dan kesaksamaan yang bakal menyalakan sinar harapan dan membakar tekad perjuangan.

    “Obor ini akan meningkatkan lagi keyakinan dan menyemarakkan semangat kesukanan atlet paralimpik di serata dunia untuk mereka melakar kejayaan,” katanya.

    Menurut beliau, obor dari Stoke Mandeville akan digabungkan dengan obor lain yang masing-masing dinyalakan di lapan lokasi dari tiga zon pertandingan membabitkan Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou, sehingga membentuk Obor Paralimpik 2022.

    Disertai atlet paralimpik, jurulatih dan wakil-wakil orang kurang upaya (OKU) dari pelbagai lapisan masyarakat, larian obor dijadual bermula esok di tiga tempat berkenaan sehingga pembukaan temasya itu pada Jumaat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...