Obsesi ‘Smartphone’ di Finland

FINLAND – Dalam sebuah kereta api yang penuh sesak di Helsinki, kebanyakan penumpang berdiri sambil berdiam diri memandang satu benda di tangan mereka. Masing-masing memperlihatkan ketaksuban sambil melayari pelbagai aplikasi sosial di telefon bimbit masing-masing, ada antara mereka sedang melayari ruang berita, memeriksa e-mel malah ada juga sedang menonton video. Salah seorang kanak-kanak kelihatan sedang asyik malah berteriak-teriak bermain aplikasi permainan di dalam telefon bimbit serta memecahkan suasana senyap di dalam kereta api tersebut .

Sebelum kedatangan beberapa jenama hebat telefon bimbit yang sudah menguasai dunia ketika ini, Finland sebelum ini terkenal sebagai pengeluar utama jenama Nokia yang mana satu ketika dulu menimbulkan satu fenomena hebat dan kini, telah memberikan perkhidmatan penggunaan yang hebat kepada para pengguna-pengguna di negara tersebut membuatkan penggunaan telefon bimbit semakin berkembang di negara itu.

Menurut pakar telekomunikasi Sweden Tefficinet, Pada awal tahun 2016, Finland telah memperlihatkan penggunaan data mudah alih hampir dua kali ganda tinggi berbanding Korea Selatan dan berada di kedudukan no.2 daripada 32 buah negara-negara Eropah dan Asia dalam penggunaan tertinggi Internet. Kebanyakan penduduk Finland lebih banyak menghabiskan begitu banyak masa pada telefon bimbit mereka dan situasi ini memberikan satu kebimbangan kepada pihak berkuasa di negara tersebut. Baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Helsinki dan Perkhidmatan Sosial telah melancarkan satu kempen dalam memastikan ibu bapa memberikan keutamaan dalam penggunaan telefon bimbit di kalangan anak-anak muda.

Satu tayangan video telah mencetuskan kontroversi hebat di mana video itu menayangkan seorang ibu sedang asyik menggunakan telefon bimbitnya apabila seekor burung gagak menyambar dan menangkap anaknya namun ibu budak itu tidak sedar dan tidak menyedari situasi itu. Kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa situasi itu sebenarnya memperlihatkan satu kecuaian dalam keganasan perkembangan moden. Kebanyakan ibu bapa yang tersinggung dengan tayangan video itu memberikan maklum balas yang negatif dan mengkritik tayangan video itu.

Hakikatnya, pihak berkuasa di bandar tersebut sebenarnya ingin memperlihatkan situasi yang berlaku sekarang dan sedaya upaya untuk mengingatkan ibu bapa supaya jangan terlalu asyik dengan penggunaan telefon bimbit malah membanyakkan masa dengan bermain bersama anak-anak.

Kebanyakan penduduk Finland lebih banyak menghabiskan begitu banyak masa pada telefon bimbit mereka dan situasi ini memberikan satu kebimbangan kepada pihak berkuasa di negara tersebut. – AFP
Kebanyakan penduduk Finland lebih banyak menghabiskan begitu banyak masa pada telefon bimbit mereka dan situasi ini memberikan satu kebimbangan kepada pihak berkuasa di negara tersebut. – AFP

Ibu bapa meniru gaya anak-anak

Anna Anderson, seorang ibu yang berusia 33 tahun berkata bahawa beliau sangat tersinggung dengan tayangan video itu. “Orang ramai tidak perlu untuk menimbulkan satu masalah terhadap situasi itu kerana bagi saya apa yang penting ialah mata malah sejak kehadiran anak saya ini, saya kurang memfokuskan terhadap penggunaan telefon bimbit dan penggunaan Internet ketika berada di mana saja,” tambah Anna lagi kepada wartawan AFP.

Operator terbesar di negara tersebut, Elisa berkata bahawa kebanyakan ibu bapa Finland mengikuti jejak langkah anak-anak mereka dan kebanyakan anak-anak mereka memimpin ibu bapa mereka dengan memberikan mereka panduan terhadap penggunaan Internet dan juga memanfaatkan banyak kandungan yang hebat dalam Internet. “Pertumbuhan penggunaan Internet dan telefon bimbit sangat pantas dan fenomena ini sebenarnya memberikan satu kerisauan buat negara itu,” kata Matias Castren kepada wartawan AFP.

Operator tersebut menerima penggunaan Internet daripada kebanyakan pengguna di bandar tersebut pada waktu malam. Kebanyakan penduduk sama ada terdiri daripada remaja sehinggalah warga emas akan terpaku dengan telefon bimbit masing-masing dan menonton filem, persembahan nyanyian, klip video dan melayari pelbagai aplikasi media sosial malah ada juga yang menonton televisyen melalui tablet mereka.

Menurut pakar telekomunikasi Sweden Tefficinet, Pada awal tahun 2016, Finland telah memperlihatkan penggunaan data mudah alih hampir dua kali ganda tinggi berbanding Korea Selatan. – AFP
Menurut pakar telekomunikasi Sweden Tefficinet, Pada awal tahun 2016, Finland telah memperlihatkan penggunaan data mudah alih hampir dua kali ganda tinggi berbanding Korea Selatan. – AFP
Finland sebelum ini terkenal sebagai pengeluar utama jenama Nokia yang mana satu ketika dulu menimbulkan satu fenomena hebat dan kini, telah memberikan perkhidmatan penggunaan yang hebat kepada para pengguna-pengguna di negara tersebut membuatkan penggunaan telefon bimbit semakin berkembang di negara itu. – AFP
Finland sebelum ini terkenal sebagai pengeluar utama jenama Nokia yang mana satu ketika dulu menimbulkan satu fenomena hebat dan kini, telah memberikan perkhidmatan penggunaan yang hebat kepada para pengguna-pengguna di negara tersebut membuatkan penggunaan telefon bimbit semakin berkembang di negara itu. – AFP

Menghubungkan

Faktor ini menjelaskan kenapa orang ramai memilih untuk memiliki telefon bimbit. Sejak kegemilangan penggunaan telefon bimbit Nokia, Finlad telah berminat untuk menerima lagi pelbagai mesin teknologi baru malah apa yang beranggapan bahawa Finland sebenarnya sebuah negara yang tenang dan ‘pendiam’ namun sebenarnya Finland aktif dalam penggunaan Internet dan juga telefon bimbit. Dengan penduduk sekitar 5.5 juta, Finland dianggarkan menggunakan sekitar 10.9 juta pelan sambungan mudah alin di negara itu.

Selain itu, faktor lain menyebabkan Finland sangat aktif dalam penggunaan Internet ialah di sebabkan sambungan pantas dengan harga yang sangat berpatutan membuatkan bilangan pengguna semakin meningkat. Berbanding dengan penggunaan Internet di Belanda yang dikenakan dengan gigabait data mudah alih yang berpatutan dengan harga yang tertentu. “Pasaran Finland adalah berbeza dan begitu ketara sekali berbanding dengan negara-negara yang lain dalam erti kata yang lain Finland mempunyai banyak pelan data tanpa had,” kata Kalle Muhonen, pengurus operator Finland, Sonera.

Seorang pelanggan Finland merasa gembira dengan perancangan pelan tanpa data itu dan menunjukkan permainan baru dalam telefon bimbitnya yang baru saja dimuat turun. Beliau kadang-kadang menerima beratus-ratus mesej dalam media sosial dalam masa satu hari dan berkata bahawa ia adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan mereka. “Pada masa ini, kami lebih gemar menggunakan telefon bimbit untuk melakukan kerja-kerja sekolah malah setiap kali kelas bahasa, kami akan menggunakan telefon bimbit untuk belajar perkataan baru dan seterusnya,” kata Inam Alam kepada wartawan. – AFP