OCBC Al-Amin beri tumpuan kepada pembiayaan ‘hijau’

KUALA LUMPUR, 27 MEI – OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin), anak syarikat perbankan Islam OCBC Bank (Malaysia) Berhad, merancang meningkatkan komitmennya kepada kelestarian dan pengantaraan berasaskan nilai (VBI) ke tahap lebih tinggi dengan melaksanakan lebih ba-nyak pembiayaan projek ‘hijau’ pada tahun ini.

Ketua Pegawai Ekseku-tifnya Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata bank itu akan terus memberi perhatian khusus kepada peluang pembiayaan lestari sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjangnya berasaskan rangka kerja pembiayaan bertanggungjawab yang telah disusun rapi.

“Kami sedang giat meninjau peluang libat urus strategik yang boleh dilaksanakan bersama agensi kerajaan berkaitan sebagai usaha menyokong agenda kelestarian walaupun menghadapi kesan pandemik COVID-19.

“Buat masa ini kami memberi tumpuan kepada pembiayaan projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui termasuk loji jana kuasa fotovoltan solar dan jana kuasa solar atas bumbung secara besar-besaran selain meninjau peluang untuk menawarkan pembiayaan berkaitan kelestarian kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama