Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

OGDC anjur Pameran Bionic Me

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 26 Julai – Untuk memupuk lagi kepentingan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada kalangan pelajar, Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) akan menghoskan pameran sains bertema ‘Bionic Me’, yang dibawakan daripada SciTech Australia.

Dalam Pameran ‘Bionic Me’ itu, pengunjung digalakkan untuk memikirkan potensi teknologi pintar dan bagaimana ia dapat mengubah pengalaman dan interaksi manusia dengan dunia di sekeliling mereka.

Pameran tersebut akan dilancarkan esok (27 Julai) di mana dijangka hadir bagi menyempurnakan pelancarannya ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.

Brunei menjadi negara pertama yang menghoskan pameran berkenaan akan meneroka bagaimana inovasi dan kepintaran telah mengubah pengalaman manusia di dunia, sebagai contoh, pelawat akan dapat menggunakan kuasa minda mereka untuk memindahkan bola, melihat dalam gelap atau meneroka bagaimana teknologi boleh menyediakan penyamaran dan menjadikan anda tidak dapat dilihat serta banyak lagi.

Antara Pameran ‘Bionic Me’ yang mula dipamerkan kepada orang ramai hari ini di OGDC, Seria.
Antara Pameran ‘Bionic Me’ yang mula dipamerkan kepada orang ramai hari ini di OGDC, Seria.

Oleh sebab ‘Bionic Me’ merupakan pameran pertama yang bertema khas, OGDC akan memperkenalkan kadar tiket baru untuk masuk ke dewan pameran, bermula dengan tiket bernilai $4 bagi warganegara berusia lima hingga 17 tahun, $8 bagi orang dewasa berumur 18 hingga 54 tahun, $5 untuk warga emas berumur 55 tahun dan ke atas dan pakej keluarga berharga $28.

Bagi pelancong pula, harga tiket bermula daripada $8 untuk kanak-kanak, $16 bagi orang dewasa dan $10 untuk warga emas serta $58 bagi pakej keluarga.

Pameran itu dihasratkan untuk menyokong industri pelancongan supaya menarik lebih ramai pelancong yang datang, di samping sebagai sokongan kepada Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Jabatan Kemajuan Pelancongan dan Lembaga Pelancongan Brunei.

Maklumat lebih lanjut mengenai tempahan untuk menyaksikan pameran dan sebagainya orang ramai boleh menghubungi OGDC di talian 3377200 atau hantar e-mel ke alamat info@ogdcbrunei.com dan melayari laman media sosial mereka.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -