Oh In-hye meninggal dunia

Pelakon filem Sin Of A Family, Oh In-hye, 36, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Incheon City, pagi semalam.

Berita kematiannya disahkan oleh rakan yang menemuinya di rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum dikejar ke Hospital Universiti Inha.

Menerusi laman web, AllKPop, jurucakap polis dipetik berkata, rakannya menjumpai In-hye sebelum membuat laporan polis.

“Kami mengesyaki dia cuba membunuh diri, tetapi kami belum siasat orang yang disyaki terbabit,” kata jurucakap polis.

In-hye memulakan kariernya di layar lebar pada 2011 menerusi filem Sin Of A Family.

Dia mula berlakon drama pada 2012 menerusi siri Horse Doctor dan The Return: Jwibulnori. – Agensi

Oh In-hye meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya. – Agensi