OIC mahu India ambil tindakan

NEW DELHI, 27 FEB – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada hari ini menggesa kerajaan India mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik keganasan yang tercetus di New Delhi yang meragut lebih 30 nyawa.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan beribu pejabat di Jeddah yang mewakili 57 negara itu turut  mengutuk keganasan tersebut.

Sementara itu, angka kematian meningkat kepada 34 dan lebih 200 dilaporkan cedera dalam kekacauan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA). Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Guru Teg Bahadur. Rusuhan itu turut menyebabkan penduduk berada dalam ketakutan. – Bernama

Penduduk melihat kedai yang musnah terbakar di kawasan yang dibelenggu rusuhan di New Delhi kelmarin. – AFP