Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    OIC terima laporan dasar aparteid Israel terhadap rakyat Palestin

    JEDDAH, 4 FEB – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik laporan oleh Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa dasar aparteid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.

    Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), OIC menegaskan bahawa laporan itu merupakan dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan yang dilakukan Israel, jenayahnya, dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.

    Badan dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.

    Laporan komprehensif berjudul “Apartheid Israel terhadap Palestin: Sistem Penguasaan yang Kejam dan Jenayah terhadap Kemanusiaan” itu dikeluarkan pada 1 Februari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...