Okuhara akhiri kemarau trofi di Terbuka Denmark

ODENSE, DENMARK, 19 OKT – Bekas juara dunia Jepun, Nozomi Okuhara memenangi gelaran pertamanya sejak November 2018 semalam dengan kemenangan di final Terbuka Denmark.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalahkan pemenang pingat emas Olimpik 2016 dan juara dunia tiga kali, Carolina Marin 21-19, 21-17.

“Berbanding lawan lain, Marin lebih pantas dengan serangan yang lebih sukar.

“Saya fokus pada pertahanan dan gerakan kaki, dan kaki saya bergerak dengan baik hari ini.

Secara keseluruhan perlawanan berjalan lancar,” kata Okuhara, yang gelaran terakhirnya di Hong Kong pada 2018.

“Saya rasa sebab utamanya adalah kesilapan yang saya buat. Saya meraih mata kemenangan tetapi juga membuat beberapa kesilapan. Ia sememangnya akan berlaku,” kata bintang Sepanyol berusia 27 tahun itu.

Manakala final lelaki, Anders Antonsen mengalahkan rakan sepasukan Dane Rasmus Gemke 18-21, 21-19, 21-12.

Terbuka Denmark adalah kejohanan badminton peringkat tinggi pertama dalam tujuh bulan selepas kalendar itu ditangguhkan kerana wabak COVID-19. – AFP

Aksi Nozomi Okuhara dari Jepun ketika beraksi menentang Carolina Marin dari Sepanyol dalam perlawanan akhir Perseorangan Wanita di Badminton Terbuka Denmark, semalam. Nozomi Okuhara merangkul gelaran pertama sejak 2018. -AP