Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ola al-Qaradawi bebas dari tahanan Mesir

    KAHERAH, 31 DIS – Pihak berkuasa Mesir pada hari ini membebaskan anak perempuan pendakwah Islam dalam buangan, Yusuf al-Qaradawi selepas empat setengah tahun ditahan sebelum perbicaraan, beritahu sumber kehakiman kepada AFP.

    Ola al-Qaradawi, anak perempuan kepada pemimpin agama Muslim Brotherhood, masih menghadapi tuduhan termasuk ‘menyertai pertubuhan terlarang,’ dan dakwaan berkaitan pembiayaannya.

    Dia dan suaminya, Hossam Khalaf, yang masih dalam tahanan, telah ditangkap pada 30 Jun 2017.

    Mesir menganggap Muslim Brotherhood sebagai ‘pertubuhan pengganas’ pada 2013, beberapa bulan selepas bekas presiden Mohammed Morsi, yang berasal dari Muslim Brotherhood, dilucutkan daripada kuasa oleh pihak tentera.

    Penahanan sebelum perbicaraan di Mesir dihadkan secara sah kepada dua tahun tetapi pihak berkuasa sering menahan tahanan dalam penjara lebih lama dengan memfailkan pertuduhan baharu.

    Amalan itu telah dikecam sekeras-kerasnya oleh kumpulan hak asasi manusia, yang menganggarkan lebih 60,000 tahanan politik ditahan di Mesir.

    Yusuf al-Qaradawi, yang sendiri pernah menjalani beberapa hukuman di penjara Mesir, tinggal di Qatar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...