Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Olaf Scholz canselor baharu Jerman

-

BERLIN, 8 DIS – Olaf Scholz hari ini mengangkat sumpah sebagai canselor baharu Jerman sekali gus mengakhiri tempoh 16 tahun Angela Merkel memegang jawatan itu, lapor agensi Anadolu.

Scholz, anggota Demokrat Sosial menerima undi paling banyak pada pilihan raya umum 26 September dan, secara rasmi dipilih sebagai canselor oleh parlimen dengan mendapat sokongan partinya dan sekutu baharunya, Parti Greens dan Parti Free Demokrat.

Ahli politik berusia 63 tahun itu mendapat 395 daripada 707 undi parlimen lebih 369 undi yang diperlukan untuknya memegang jawatan canselor.

Demokrat Sosial menang tipis pada pilihan raya baru-baru ini apabila menerima saingan sengit  daripada Parti Demokrat Kristian pimpinan Angela Merkel.

Parti itu kemudian mengadakan pakatan dengan dua parti lain selepas berunding selama berbulan-bulan. Angela Merkel, tidak bertanding pada pilihan raya itu dan beliau merupakan wanita pertama yang berkhidmat sebagai canselor Jerman paling lama. – Bernama

Canselor baharu Jerman Olaf Schulz (kiri) menerima surat pelantikan daripada Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier semasa resepsi di Istana Bellevue di Berlin, Jerman kelmarin. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -