Olah pakaian terpakai, elak pembaziran

Fesyen pakaian terpakai atau lebih dikenali dengan cara mudah untuk ‘berjimat cermat dengan mengolah semula pakaian lama’, semakin diterima khalayak ramai yang ditawarkan pada harga yang menarik dan berpatutan di tengah-tengah masalah kewangan yang disebabkan pandemik.

Cara tersebut bukan saja membolehkan awda menyusun almari dengan unik malah awda masih boleh bergaya mengikuti trend terkini atau mengekspresikan keperibadian dengan pakaian vintaj.

Fesyen tersebut sekarang amat popular dalam kalangan peminat Indonesia.

Ketika Via Rini Anggraeni memulakan akaun Instagram Teman Thrifty (@temanthrifty) pada Oktober 2019, dia menjual pakaian terpakai biasa. Matlamatnya adalah untuk mempromosikan penghargaan terhadap pakaian terpakai supaya ia dapat menjangkau lebih ramai orang dan menggalakkan ‘nilai jualan yang lebih tinggi’.

Mengolah semula pakaian terpakai atau lama menjadikannya sebagai barang baharu, biasanya memerlukan lebih banyak kemahiran daripada sekadar melayari lorong kedai terpakai. Ideanya adalah untuk mereka bentuk semula dan menjahit semula barangan terpakai menjadi pakaian baharu, dan trend fesyen pakaian terpakai itu telah berjaya menarik lebih ramai orang.

Via Rini Anggraeni, pengasas Teman Thrifty, bergambar memakai jaket yang diperbuat daripada kain polkadot, yang telah menjadi ‘wajah’ perniagaan fesyennya. – ANN/Jakarta Post
Zulfah Nazala, pengasas Bazooku, percaya generasi muda mempunyai tanggungjawab dalam menangani pembaziran fesyen melalui pengeluaran dan mengolah semula pakaian terpakai mahupun menjadikannya sebagai beg . – ANN/Jakarta Post

Via, seorang lulusan komunikasi dari Universiti Islam Bandung, 24, mula memuat naik gambar hasil kreativiti jari-jemarinya pada Oktober 2020.

“Saya cuba menerapkan elemen ‘seronok dan comel’ pada Teman Thrifty. Hasilnya luar daripada jangkaan saya,” katanya.

Meneroka jenis fesyen mampan yang berbeza, peluang membawa Hana Surya untuk memulakan Threadapeutic, yang menamakan dirinya sebagai ‘studio tekstil artisan yang berfikiran lestari dengan semangat untuk pembinaan semula fabrik dan matlamat untuk meminimumkan pembaziran’.

Beliau seorang ibu berkarier dan merupakan wakil perhubungan antarabangsa untuk Minggu Fesyen Indonesia 2015, yang tugasnya termasuk menyediakan cenderahati kitar semula daripada sisa sepanduk dan fabrik.

“Dari sudut itu, saya menyedari terdapat pasaran (untuk fesyen kitar semula),” kata Hana sambil menambah perniagaannya masih berkembang.

Jahit dan belah

Enam bulan selepas menu-buhkan perniagaannya, Hana menemui teknik tekstil untuk menghasilkan kesan chenille tiruan, yang juga dipanggil stack dan slash quilting. Dia mempelajari teknik itu daripada sepupunya, Dina Midiani, seorang pereka fesyen kanan yang terkenal dengan penghasilan produk dengan sisa kain.

“(Saya secara tidak sengaja menjual) tekstil sepupu saya hanya pada harga Rp 500,000 (AS$35). Dia memarahi saya. Ia sepatutnya dijual pada harga yang lebih tinggi,” seloroh Hana sambil mengimbau kejadian berkaitan.

Teknik yang rumit melibatkan melapis kain dan kemudian memotongnya dengan berhati-hati untuk menghasilkan tekstur yang terkoyak. Ia telah membolehkan Hana dan pasukannya memanipulasi pelbagai jenis fabrik.

“Kami (boleh memanipulasi) T-shirt, tetapi tidak menerima pakaian berkait. Kami mene-rima kapas, polyester-cotton (campuran), sifon, semua jenis denim,” katanya. Pasukannya kemudian mengitar semula fabrik untuk menghasilkan beg, beg tangan dan topeng, malah hiasan dinding.

Beberapa jenama fesyen telah bekerjasama dengan Threadapeutic untuk menyumbangkan sisa fabrik mereka, termasuk Purana, SukkhaCitta dan (X)SML. Suatu ketika, sebuah hotel juga mendermakan cadar lama mereka.

Apabila perniagaannya berkembang, Hana mula mendekati pengeluar pakaian tempatan untuk menyumbangkan cebisan kain mereka. “Kain kami dibekalkan oleh pengeluar pakaian di Pulo Gadung secara percuma,” katanya.

Zulfah “Upe” Nazala, pengasas Bazooku, 24, memburu bekalan fabriknya di hab pembuatan tekstil di Cigondewah, Jawa Barat. Dia juga meninjau kedai-kedai tukang jahit kejiranan untuk mendapatkan kain sekerap yang bertema mingguan, “jadi lebih mudah untuk kami mencari warna yang sepadan dengan tema minggu ini”.

Upe dan Via kedua-duanya berpusat di kawasan pakaian di Bandung, jadi mereka dikelilingi oleh kedai pakaian terpakai.

“Proses awal adalah untuk memburu bahan di pasaran untuk digabungkan dan dipadankan dengan fabrik terpakai dan fabrik polkadot yang lain,” kata Via sambil menambah corak fabrik popular itu telah menjadi ikonik Teman Thrifty.

Untuk memenuhi sasarannya menghasilkan 50 hingga 60 pakaian daripada setiap kelompok fabrik, Via menyembur pakaian terpakai dengan pensanitasian dan kemudian menghantarnya kepada tukang jahitnya yang dipercayai, yang mengambil masa tiga hingga lima hari untuk memotong dan menjahit semula bahan tersebut menjadi pakaian yang siap. Via mengambil produk baharu dan membawanya ke perkhidmatan dobi sebelum menggayakannya dalam gambar produk dan akhirnya, memuat naiknya ke Instagram untuk menjualnya.

“Sekarang ada tiga orang yang membantu proses pengeluaran. Semua tukang jahit, tetapi saya (menguruskan pemilihan) sendiri kerana saya menjual barang yang saya sangat suka, daripada material hinggalah kepada reka bentuk,” katanya.

Harga jadi dua kali ganda

Via yang pernah menjual keseluruhan koleksi hanya dalam masa dua jam di Instagram, memperoleh Rp10 juta hingga Rp15 juta setiap bulan.

Perniagaan itu semakin mendapat perhatian, terutamanya dari pasaran khusus peminat fesyen hijau, dan baru-baru ini menubuhkan kedai luar talian di The Hallway Space di Kosambi, Bandung, untuk menangani permintaan. Pada harga berpatutan antara Rp140,000 hingga Rp189,000, produk Teman Thrify sangat digilai wanita muda.

Ruangan komen Teman Thrifty di Instagram sentiasa dibanjiri dengan ‘jastip’, singkatan untuk jasa titip (perkhidmatan membeli), menawarkan perkhidmatan mereka. Salah seorang daripadanya ialah Evaatul Istifadah, suri rumah berusia 26 tahun di Muara Enim, Sumatera Selatan.

“Saya hanya memenangi dua daripada empat pembidaan jastip,” katanya, merujuk kepada persaingan sengit ke atas barangan jualan dalam talian yang terhad.

Khairunnisa Mellynia Agusdini, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia di Johor Bahru, mempunyai helah khas untuk mendapatkan barangan kegemarannya: “Teman Thrifty membenarkan kami mengambil tangkapan skrin pakaian yang kami inginkan sebelum ini, masa untuk menempah pakaian, tetapi itu tidak bermakna kami telah (menempah) pakaian itu.”

Industri fesyen pakaian terpakai mempunyai potensi berkembang. Threadapeutic menyedari perkara itu dan segera menukar gerakan semasa pandemik untuk memenuhi kejatuhan mendadak dalam jualan fesyen runcit.

Jenama itu telah meneroka pasaran reka bentuk dalaman sejak ia mempersembahkan panel dinding fabrik pada tahun 2019 di pameran perdagangan hiasan dan gaya hidup yang terkenal, Maison&Objet Paris. Hari ini, panel dinding mereka dipaparkan dalam dua pemasangan di ibu pejabat Bank Jago di Jakarta Selatan.

“Kami telah melakukan projek panel dinding sejak awal pandemik pada 2020. Sebelum pandemik, kami menghasilkan sekitar 20 beg tempah setiap bulan. Harga beg kami agak tinggi, jadi kami tidak membuat terlalu banyak,” kata Hana.

Menjual produknya pada kadar harga S$19 (AS$14) hingga S$450, Hana berkata pasukannya bersedia memenuhi keperluan pelanggan. “Kami juga mahu orang ramai lebih sedar tentang apa yang mereka beli, bukannya hanya membeli-belah sambil lewa. Kami fokus pada kualiti,” katanya.

Usahawan fesyen menawarkan gaya alam sekitar yang lebih mampan, terutamanya fesyen jimat cermat yang menerima banyak respons daripada ramai aktivis sisa fesyen dan lain-lain mengenai jumlah sisa yang dihasilkannya.

“Pakaian itu akan kekal sebagai sisa digunakan semula.

“Sebagai generasi akan datang, adalah tepat (tanggungjawab kita) untuk memikirkan semula (fesyen) supaya pakaian (mampan) untuk mengurangkan sisa tekstil,” jelas Upe. – ANN/Jakarta Post