Ole sasar harapan tinggi di UCL

BERN, 14 SEPT – Ole Gunnar Solskjaer berkata semalam bahawa Manchester United mesti mempunyai cita-cita untuk menjuarai Liga Juara-Juara selepas melengkapkan perpindahan Cristiano Ronaldo.

United, yang akan memulakan kempen di Eropah dengan berkunjung ke Young Boys di Switzerland, awal pagi ini, selepas kali terakhir memenangi anugerah terbesar dalam bola sepak Eropah pada 2008, ketika Ronaldo menjaringkan gol semasa pertemuan final menentang Chelsea dalam tempoh pertama bermain bersama Red Devil.

Sejak meninggalkan United untuk menyertai Real Madrid pada 2009, United hanya mara ke peringkat suku akhir dua kali dengan nasib mereka bertambah teruk selepas Alex Ferguson membuat keputusan untuk bersara sebagai ketua jurulatih.

Walau bagaimanapun, kepulangan Ronaldo ditambah dengan kualiti pemain bintang yang sedia ada, Solskjaer percaya bahawa mereka sekarang bersedia untuk bersaing dengan pasukan terbaik diA Eropah.

Pemain berusia 36 tahun ini menikmati kepulangan yang diidam-idamkan di Old Trafford dengan meledak dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Newcastle di saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu dan dilihat bakal menambah rekod 134 gol di Liga Juara-Juara di Bern.

“Sasaran kami ialah untuk terus mara ke peringkat final dalam kejohanan ini,” kata Solskjaer semasa sidang media pra perlawanan. – AFP

Ole Gunnar Solskjaer berkata United mesti mempunyai cita-citauntuk menjuarai Liga Juara-Juara selepas melengkapkan perpindahan Cristiano Ronaldo.- AFP