Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Oleksiy Reznikov letak jawatan

    KYIV, 4 SEPT – Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov mengumumkan hari ini bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada parlimen selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa ‘pendekatan baharu’ dalam menghadapi pencerobohan Rusia.

    Keputusan Zelensky untuk memecat Reznikov dibuat selepas beberapa skandal rasuah menggegarkan kementerian pertahanan dan pemimpin Ukraine itu memecat pegawai kanan pengambilan tentera di seluruh negara.

    “Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ruslan Stefanchuk, Speaker Parlimen Ukraine,” kata Reznikov di media sosial.

    “Adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat Ukraine dan bekerja untuk (tentera Ukraine) selama 22 bulan terakhir, tempoh paling sukar dalam sejarah moden Ukraine,” tambahnya. – AFP

    Reznikov menunjukkan pakaian seragam tentera Ukraine kepada media semasa sidang media di Kyiv pada 28 Ogos. Beliau mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...