Olimpia kejutkan Sounders dalam CONCACAF

LOS ANGELES, 28 FEB – Juara MLS, Seattle Sounders tersingkir dari Liga Juara-Juara CONCACAF pada kelmarin, setelah tewas 4-2 dalam penentuan sepakan penalti ke atas CD Olimpia.

Olimpia menempah tiket ke suku akhir buat pertama kali di mana Carlos Pineda berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 untuk mengikat keputusan 2-2, dan kemudian pasukan dari Honduras menentukan nasib mereka dengan menjaringkan kesemua gol di penentuan sepakan penalti.

Pineda menjaringkan gol dengan melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti.

Olimpia tidak pernah mara ke pusingan kalah mati sebelum ini dan mereka berjaya melakukannya dengan menyingkirkan salah sebuah pasukan pilihan.

Dengan kemaraan tersebut, Olimpia akan berdepan Montral Impact di peringkat suku akhir, dan menyingkirkan Sounders dari kejohanan lebih awal dari penampilan sebelumnya pada tahun 2018.

Kedua-dua pasukan berentap kelmarin dalam pusingan kedua dan kedudukan terikat 2-2 sama secara agregat.

Kejohanan Liga Juara-Juara CONCACAF merupakan pertandingan bola sepak kelab benua tahunan yang dianjurkan oleh CONCACAF untuk kelab bola sepak yang teratas bagi benua Utara Amerika, Amerika Tengah dan kepulauan Caribbean. – AFP

Aksi penjaga gol Seattle Sounders, Stefan Frei memegang bola setelah bertembung dengan pemain pertahanan Sounders, Xavier Arreaga dan penyerang Olimpia Jerry Bengston semasa perlawanan Liga Juara-Juara CONCACAF Khamis, 27 Feb. – AP