Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Olimpik Beijing: 11 kes COVID-19 dikesan

    BEIJING, 7 FEB – Sebelas kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan mereka yang tiba bagi menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, sejak 24 jam lepas, lapor Sputnik.

    Temasya sukan itu bermula pada 4 Februari dan akan berakhir pada 20 Februari.

    “Antara 142 peserta yang tiba semalam, 65 daripadanya merupakan atlet sukan. Kami mendapati 11 kit diuji positif COVID-19, tujuh dikesan dalam kalangan atlet, serta empat lagi membabitkan ahli pasukan,” Timbalan Pengarah Pejabat Pencegahan dan Kawalan Wabak, Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing, Huang Chun, memberitahu pemberita.

    Selain itu, Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape terpaksa pulang ke negaranya selepas disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Beijing untuk menghadiri temasya itu minggu lalu, kata kerajaan Selasa lalu.

    Perdana menteri itu terpaksa membatalkan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan kunjungan ke Perancis bagi menghadiri Sidang Kemuncak Satu Lautan (One Ocean Summit) dianjurkan Presiden Emmanuel Macron dari 9 hingga 11 Februari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...