Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Olimpik Beijing 2022 kebanggaan buat Asia

    BEIJING, 10 FEB – Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 merupakan satu kebanggaan buat seluruh Asia, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Indonesia, Raja Sapta Oktohari.

    Dalam wawancara dengan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, beliau berkata temasya itu juga memberi peluang dan harapan baharu kepada atlet Asia, khususnya dari Asia Tenggara untuk menceburi sukan ais dan salji. Menyentuh me-ngenai majlis pembukaan temasya sukan tersebut, Oktohari menyifatkan acara itu sebagai dianjurkan secara gilang-gemilang dengan pene-rapan pelbagai teknologi canggih.

    “Beijing telah menyajikan majlis pembukaan Olimpik penuh meriah dan gemilang untuk rakyat dunia, serta menonjolkan konsep solidariti, kolaborasi serta mesra alam,” katanya.

    Beliau menambah, sistem gelung tertutup yang dilaksanakan sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing direka dengan rapi dan mampu memastikan kesihatan dan keselamatan semua peserta.

    Penganjuran temasya berkenaan diyakini mengukuhkan keyakinan rakyat semua negara untuk bersama-sama mengharungi detik sukar ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...