Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Olimpik Beijing beri manfaat sosial dan ekonomi

    BEIJING, 2 FEB – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Rabu menerbitkan artikel yang memberikan penilaian positif terhadap pencapaian penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing serta kesannya terhadap sosial dan ekonomi.

    Menurut IOC, meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

    “Temasya sukan yang berjaya menarik penglibatan kira-kira 346 juta orang China itu membolehkan industri sukan musim sejuk di China berkembang pesat sekali gus memberi faedah sosial dan ekonomi yang luas serta mampan kepada rakyat China,” menurut IOC.

    Pada masa sama, Institut Pengajian Pelancongan China meramalkan bahawa industri pelancongan musim sejuk China dijangka berupaya menarik ketibaan lebih 520 juta pelancong sekali gus menjana pendapatan sebanyak RMB720 bilion (RM455 bilion) sepanjang musim sejuk pada tahun 2024 hingga 2025.

    Namun, dengan adanya teknologi canggih dan inovasi teknologi digital, seramai 2.01 bilion orang dapat menonton sukan itu melalui televisyen dan platform digital, ia secara tidak langsung meningkatkan jumlah penonton sebanyak lima peratus berbanding penonton yang menyaksikan Olimpik Musim Sejuk 2018.

    Pengarah Eksekutif IOC, Christophe Dubi berkata temasya sukan Beijing telah membawa faedah kepada rakyat China dan penggunaan teknologi inovatif dapat meminimumkan kesan Sukan Olimpik terhadap persekitaran.

    Daripada 2,834 atlet yang beraksi, 45.4 peratus daripadanya merupakan atlet wanita dan kadar itu adalah yang tertinggi berbanding Olimpik Musim Sejuk sebelum ini. – Bernama

    Walaupun Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 sudah tamat, gelanggang temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...