Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Olimpik mungkin masih bermakna tanpa penonton

    TOKYO, 20 JAN – Olimpik Musim Sejuk Beijing pada bulan hadapan tetap akan bermakna walaupun orang awam dikecualikan kerana COVID-19, kata pegawai tertinggi dari Sukan Tokyo yang tertangguh pada pandemik tahun lalu.

    Pada Isnin lalu, China telah membatalkan rancangan untuk menjual tiket Olimpik Beijing kepada orang awam apabila jumlah kes koronavirus dalam negara tersebut telah mencecah tahap tertinggi sejak Mac 2020.

    Ketua Beijing 2022 berkata mereka sebaliknya akan “menganjurkan penonton untuk menonton Sukan on-site,” tanpa menjelaskan bagaimana pemilihan itu dibuat.

    Olimpik Tokyo yang tertangguh disebabkan pandemik itu secara keseluruhan diadakan di tempat tertutup pada musim panas lalu, dan Ketua Pegawai Eksekutif Tokyo 2020, Toshiro Muto berkata dari pengalamannya yang menunjukkan sukan masih boleh diteruskan tanpa penonton.

    “Saya fikir lebih baik untuk mempunyai penyokong di Sukan Olimpik, tetapi saya tidak berfikir makna untuk menganjurkannya hilang hanya disebabkan langkah mencegah virus bermakna penyokong tidak boleh berada di sana,” katanya kepada AFP.

    “Di dalam masyarakat digital ini, orang ramai boleh menonton seperti mereka sedang berada di dalam stadium. Jangan silap, emosi itu masih boleh muncul.”

    Penganjur Beijing telah merancang beberapa langkah untuk membendung virus agar tidak merebak.

    Para atlet, kakitangan, sukarelawan dan media akan dipantau dengan kawalan yang ketat iaitu dengan menggunakan gelembung “gelung tertutup” yang memisahkan mereka daripada seluruh penduduk. – AFP

    Seorang pengguna menunjukkan aplikasi rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 “MY 2022” di Beijing pada 20 Januari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...