Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olimpik Tokyo tetap diteruskan

    SYDNEY, 16 MAC – Ketua IOC bagi Sukan Olimpik Tokyo berkata, tidak ada tamat tempoh hingga bulan Mei ini untuk membatalkan Sukan Olimpik dan dia tetap yakin acara itu akan diteruskan walaupun beberapa acara sukan di dunia terpaksa ditangguhkan akibat wabak pandemik COVID-19.

    John Coates, yang akan dikuarantin secara mandatori kerajaan apabila dia kembali ke Australia minggu ini selepas membuat perjalanan perniagaan Olimpik di Eropah, memberitahu media tempatan ‘Semuanya akan bermula pada 24 Julai.’

    Dick Pound, bekas naib presiden IOC, berkata dalam temu bual dengan The Associated Press bulan lalu bahawa akhir bulan Mei dijangka sebagai tarikh akhir yang mungkin bagi IOC untuk membuat pengumuman Sukan Olimpik Tokyo.

    Tetapi Coates, naib presiden IOC dan ketua Jawatankuasa Olimpik Australia, memberitahu dalam satu wawancara melalui telefon dari Switzerland bahawa IOC tidak mengetahui bila tarikh akhir dan dia fikir Pound tidak akan masuk campur dalam hal itu.

    “Ia tidak pernah menjadi keputusan IOC. Ia adalah idea Dick. Terdapat empat bulan lagi,” kata Coates kepada media kelmarin.

    Pelakon terkenal AS Gerard Butler semasa penyampaian obor Olimpik dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 di bandar Sparta Greece, baru-baru ini. – AP

    Lebih daripada 169,000 orang telah dijangkiti dan 6,500 terbunuh akibat pandemik COVID-19. Penyakit COVID-19 menyebabkan simptom ringan sahaja atau sederhana dan kebanyakan jangkitan itu akan menjadi teruk serta lebih cenderung di kalangan orang tua atau orang yang mempunyai masalah kesihatan yang sedia ada.

    Lebih 77,000 orang telah pulih daripadanya setakat ini, kebanyakannya di China di mana wabak itu bermula lewat tahun lalu.

    Walau bagaimanapun China masih mempunyai kes jangkitan yang tertinggi, negara-negara lain juga mempunyai lebih daripada 1,000 kes, kebanyakannya di Eropah.

    Coates berada di Eropah apabila kerajaan Australia mengumumkan perintah berkurung selama dua minggu mandatori kepada sesiapa yang baharu tiba di negara itu.

    Sekatan terkini, termasuk larangan membuat acara perkumpulan lebih daripada 500 orang, berlaku selepas pembatalan sukan Grand Prix Australia di Melbourne pada hujung minggu lalu dan banyak penggantungan

    acara sukan dan perhimpunan besar-besaran di seluruh dunia yang terjejas akibat wabak virus itu.

    Ini telah menyebabkan penangguhan dan ketidakpastian terhadap sukan Olimpik, walaupun penganjur IOC dan Tokyo secara konsisten mengatakan permainan akan diteruskan seperti yang dijadualkan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda