Olimpik, virus ‘tenggelami’ pilihan raya di Tokyo

TOKYO, 5 JULAI – Sukan Olimpik yang ditangguhkan dan peningkatan semula kes koronavirus yang membimbangkan menjadi isu utama ketika pengundi Tokyo memilih seorang gabenor hari ini untuk mentadbir salah sebuah bandar paling ramai di dunia.

Calon jawatan, Yuriko Koike, seorang veteran yang berpengalaman dalam media politik, yang bersaing dengan Perdana Menteri Shinzo Abe pada pilihan raya kebangasaan yang lalu dengan mewujudkan parti baharu, dilihat berpotensi memenangi pilhan raya penggal kedua.

Pilihan raya diadakan ketika Tokyo berjuang untuk memerangi penularan koronavirus dengan menyaksikan peningkatan jangkitan lebih dari 100 kes baharu dalam beberapa hari terakhir.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan AFP, Koike mengatakan dia terus berusaha sedaya upaya dalam memerangi virus itu bagi melunaskan hasrat negara itu untuk mengadakan sukan Olimpik nanti.”

Koike, 67 tahun, menjanjikan acara yang selamat dan selamat untuk atlet dan peminat dari luar negara serta untuk penduduk Tokyo dan Jepun.

Pemilihan semasa wabak tersebut memaksa pegawai memastikan pengundian tidak menyebabkan penularan jangkitan koronavirus semakin meningkat.

Kakitangan di tempat mengundi menggunakan penutup mulut dan hidung, pelindung muka dan sarung tangan plastik, sementara tanda-tanda penjarakan di lantai menunjukkan tempat pengundi harus menunggu sambil menjaga jarak di antara mereka.

Manakala itu, lokasi pengundian pula dibersihkan selepas setiap penggunaannya, dan orang ramai digesa untuk sentiasa memakai penutup mulut dan hidung serta menggunakan pembersih tangan ketika mereka memasuki premis tempat mengundi. – AFP

Pengundi mengisi kertas undian mereka untuk memilih pemimpin baharu di sebuah tempat pengundian di Shinjuku, Tokyo, kelmarin. – AFP