Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Oliveira juara GP Indonesia

    MANDALIKA, INDONESIA, 20 MAC – Pelumba KTM, Miguel Oliveira mempamerkan prestasi cemerlang dalam keadaan litar basah apabila menjuarai Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Perlumbaan Antarabangsa Mandalika, Kuta, Lombok, di sini, hari ini.

    Dia menamatkan perlumbaan 2.205 saat di depan juara dunia dari Perancis, Fabio Qaurtararo, yang telah memulakan dari kedudukan pertama dengan jentera Yamahanya.

    Manakala seorang lagi pelumba Perancis yang memenangi tempat ketiga, Johann Zarco ketinggalan 3.158 saat untuk pasukan Pramac Racing selepas perlumbaan dikurangkan kepada 20 pusingan daripada 27 pada asalnya disebabkan isu keselamatan.

    Ini adalah kali pertama selepas 25 tahun perlumbaan MotoGP kembali ke Indonesia sejak kali terakhir dianjurkan pada 1997.

    Bagaimanapun, perlumbaan hari ini terpaksa ditunda selama 75 minit susulan hujan lebat.

    Oliveira mendedikasikan kejayaannya itu kepada anak perempuannya.

    “Ia sangat emosi buat saya. Saya berjanji dengan anak perempuan saya untuk membawa pulang kejuaraan dari Indonesia. Jadi, kemenangan ini adalah untuk dia,” kata Oliveira.

    Sementara itu, juara dunia enam kali, Marc Marquez terlepas perlumbaan hari ini selepas mengalami gegaran otak (concussion) selepas terbabit dalam kemalangan ketika aksi pemanas badan di selekoh ketujuh.

    Perlumbaan dikurangan kepada hanya 20 pusingan berbanding 27 atas faktor keselamatan disebabkan suhu di litar yang melampau sebelum perlumbaan ditangguhkan beberapa kali kerana hujan lebat. – AFP

    Miguel Oliveira meraikan kemenangan selepas perlumbaan Grand Prix MotoGP Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika di Kuta Mandalika, Lombok kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...