Olympiakos juara Liga Super Greece

ATHENS, 30 JUN – Olympiakos rangkul gelaran Liga Super Greece semalam berikutan kemenangan 2-1 ke atas AEK Athens yang diadakan di belakang pintu tertutup di Stadium Olimpik.

Jaringan pada separuh masa pertama dari pemain antarabangsa Maghribi, Youssef El-Arabi dan pemain tengah Guinea Mady Camara memperoleh kemenangan sekali gus menempah tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Olympiakos sebelum ini belum pernah memenangi gelaran domestik untuk pertama kalinya sejak pertengahan 1990-an.

AEK menjadi juara pada 2018 dan PAOK Thessaloniki memenangi liga tahun lalu. Semua perlawanan di Greece berlangsung tanpa penonton kerana wabak COVID-19.

Olympiakos meninggalkan 19 mata daripada PAOK di tempat kedua dengan enam pusingan perlawanan yang masih ada.

AEK berada yang kini berada di tangga ketiga dan akan bertarung menentang PAOK untuk mencari tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

Olympiakos dan AEK juga akan bertemu lagi di final Piala Greece yang dijangka diadakan pada akhir bulan Julai di tempat yang masih belum diputuskan. – AFP