Olympiakos semakin hampiri gelaran

ATHENS, 8 JUN – Olympiakos menghampiri kemenangan gelaran liga Greece kali ke-45 semalam setelah menang 1-0 menentang musuh ketatnya PAOK Salonika, walaupun ada peminat menaiki ke atas bumbung berdekatan untuk menonton perlawanan.

Ketika Liga Super Greece kembali dari penutupannya selama tiga bulan, Olympiakos membuka jurang kedudukan dengan 17 mata dengan baki sembilan perlawanan.

Dengan penonton dilarang masuk dari Stadium Toumba kerana protokol kesihatan, para peminat melakukan yang terbaik untuk tetap menyaksikan perlawanan.

Satu kumpulan telah memanjat ke bumbung blok pangsapuri yang menghadap ke stadium. Penyerang dari Maghribi, Youssef El Arabi menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-23 melalui hantaran Mathieu Valbuena. Kedua-dua pasukan akan bertemu dua kali lagi sebelum musim berakhir di separuh akhir Piala Greece. – AFP