Om Puri sudah tiada

MUMBAI, 6 Jan – Om Puri, aktor India tersohor yang muncul dalam filem-filem hit ‘Gandhi’, ‘City of Joy’ dan ‘East is East’, meninggal dunia hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Aktor yang memenangi anugerah itu, yang kerjayanya dari filem kesenian India sehingga epik Hollywood, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Mumbai, seorang ahli keluarganya memberitahu Press Trust of India. Dia berusia 66 tahun.

“Ia adalah kehilangan besar,” penulis skrip veteran, Javed Akhtar memberitahu PTI. “Seorang yang berperwatakan baik, aktor hebat dan menghasilkan kerja yang menarik, dari filem Satyajit Ray sehingga kepada mana-mana filem komersial Hindi, sehingga filem di AS dan Pakistan,” katanya, yang merujuk kepada pengarah India yang terkenal.

Bintang-bintang Bollywood menyatakan rasa terkejut mereka mengenai berita itu, yang tersebar awal hari ini, dengan Amitabh Bachchan berkata dia ‘terkejut’ mengetahui kematian Puri.

“Seorang sahabat, rakan yang disaya-ngi dan seorang yang berbakat luar biasa….sangat sedih!’ katanya.

Gambar fail Om Puri yang diambil pada 18 April 2005, semasa beliau menerima pingat pada satu majlis di Auditorium British Council di Mumbai. – AFP
Gambar fail Om Puri yang diambil pada 18 April 2005, semasa beliau menerima pingat pada satu majlis di Auditorium British Council di Mumbai. – AFP

Aktres Priyanka Chopra berkata ia adalah ‘berakhirnya satu era’, yang menambah ‘legasi akan terus hidup’.

Puri membuat kemunculannya pada pertengahan 1970-an sebelum menjadi bintang dalam beberapa hit Hindi begitu juga secara kontroversi dalam sebahagian filem Pakistan. Dia dikenali di India bagi peranannya dalam filem kesenian seperti Aakrosh (1980) dan Ardh Satya (1982), di mana dia memenangi Anugerah National Indian Film bagi Aktor Terbaik.

Tetapi dia juga berlakon dalam hit-hit utama Hollywood, yang beraksi di samping seperti Jack Nicholson, Tom Hanks dan Patrick Swayze. – AFP