Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Oman, Malaysia nikmati hubungan yang rapat

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Sejak bermulanya hubungan diplomatik pada 1982, Oman dan Malaysia telah menikmati dan mengekalkan hubungan yang rapat, kata Duta Oman ke Malaysia Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi.

    Al-Abbas berkata pada masa ini dua perjanjian sedang diusahakan iaitu pengelakan cukai berganda membabitkan cukai ke atas pendapatan serta promosi dan perlindungan timbal balik pelaburan.

    Selain itu, beliau berkata banyak Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kesihatan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pendidikan tinggi, perlu ditandatangani.

    Beliau berkata Oman juga menyambut baik dan menggalakkan pelabur dan usahawan Malaysia meneroka potensi dan peluang pelaburan di negara Teluk itu.

    “Juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas bantuan berterusan dalam memperkukuh pembangunan kerjasama Oman-Malaysia dalam pelbagai bidang,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama sempena Hari Kebangsaan ke-52 Oman hari ini.

    Al-Abbas berkata Oman yakin menerusi kestabilan politik negara, pemilikan asing yang liberal dalam syarikat, perdagangan bebas dan dasar pasaran terbuka, infrastruktur moden, multimedia dan telekomunikasi yang canggih, sudah pasti akan membuka pintu untuk membina jambatan persahabatan yang akan membuka prospek kerjasama baharu dan hubungan baik dengan negara-negara lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda