Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand

    BANGKOK, 4 JULAI – Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak.

    Beliau berkata varian Omicron menyumbang 100 peratus kadar jangkitan sejak tujuh hari lalu dan sehingga kini, kira-kira 1,000 kes disahkan membabitkan subvarian BA.4 dan BA.5.

    “Kebanyakan kes dilaporkan di Bangkok. Subvarian BA.4 dan BA.5 akan menggantikan subvarian lain secara beransur-ansur,” katanya pada sidang media hari ini sambil menggesa orang ramai agar tidak panik.

    Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan Kementerian Kesihatan Awam bersiap sedia menangani peningkatan kes COVID-19 dan kluster baharu ekoran dua subvarian itu merebak dengan pantas.

    Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri turut menggesa rakyat mematuhi semua langkah pencegahan dalam usaha membendung penularan kes.

    “Perdana menteri juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak secepat mungkin,” katanya.

    Thailand merekodkan 1,995 kes baharu dan 18 kematian dalam tempoh 24 jam lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...