Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Omicron bukan daripada jangkitan kes import

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Negara Brunei Darussalam sentiasa melaksanakan pengawalan ketat dari semasa ke semasa terutamanya dari segi pengawalan kes import bagi membendung jangkitan COVID-19, lebih-lebih lagi berdepan dengan cabaran varian-varian tertentu.

    Sehubungan itu, berdasarkan hasil ujian penjujukan genom lanjut yang dijalankan Kementerian Kesihatan, mendapati kes jangkitan varian Omicron yang ada di negara ini adalah berbeza dengan jenis Omicron yang berasal dan menular di luar negara serta jangkitan dalam komuniti yang berlaku sekarang, bukanlah berasal daripada jangkitan kes import.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara itu ketika menjawab persoalan dikemukakan pada sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, dengan penemuan varian Omicron dalam jangkitan tempatan pada Fasa Awal Endemik ini, orang ramai diseru sama-sama membantu pihak berkuasa membanteras sebarang kegiatan kemasukan barang-barang tanpa permit dari sumber-sumber laluan yang bukan sepatutnya demi mengawal jangkitan.

    Yang Berhormat Dato turut mendedahkan dari bulan November sehingga kini, Omicron kemungkinan sudah berada di negara ini sekitar penghujung Disember atau sekitar bulan Januari lalu. Beliau bagaimanapun menekankan, apa yang penting adalah sebagai langkah pengawalan dan mengurangkan impak yang teruk, pengambilan vaksin termasuk suntikan dos penggalak serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perlu dititikberatkan.

    Orang ramai yang belum berbuat sedemikian disarankan untuk mendapatkannya secepat mungkin terutamanya bagi mereka yang dibenarkan mengambilnya.

    Terdahulu Yang Berhormat Dato menjelaskan terdapat banyak mesej yang tular namun setakat ini tiada kes yang dilaporkan berkaitan dengan jangkitan dari kluster sekolah dan peningkatan kes COVID-19 di sesebuah mukim di negara ini sebagaimana yang dikongsikan dalam mesej-mesej tular pada ketika ini.

    “Diingatkan juga berkemungkinan kanak-kanak sekolah tersebut mengalami jangkitan daripada lingkungan ahli keluarga mereka dan kes itu tidak dikategorikan dalam kluster sekolah,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan ketika menerangkan mengenai jangkitan Omicron.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...