Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Omicron: Indonesia rancang tukar peraturan kuarantin

    JAKARTA, 22 DIS – Indonesia senantiasa menilai langkah-langkah keselamatan sedia ada untuk melindungi rakyatnya daripada COVID-19 dan varian Omicron selepas kes pertama melibatkan varian baharu tersebut dikesan di republik itu minggu lepas.

    Beberapa langkah yang sedang dibincangkan termasuk melanjutkan kuarantin wajib untuk ketibaan antarabangsa kepada 14 hari berbanding 10 hari.

    “Perbincangan sedang berjalan berdasarkan kepada perkembangan situasi varian baharu itu,” kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan.

    Beliau berkata pihak berkuasa mungkin membuka Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya sebagai pintu masuk kedua untuk pengembara antarabangsa berikutan peningkatan ketibaan jumlah pelancong di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta.

    Luhut meminta pegawai negeri dan rakyat supaya tidak melancong ke luar negara, sekurang-kurangnya sehingga keadaan COVID-19 bertambah baik.

    “Saya mohon anda semua untuk mempertimbangkan tidak ke luar negara dan menangguhkan semua perjalanan tidak penting. Kami tidak mahu situasi sukar seperti Julai lepas berulang kembali.”

    Indonesia telah mengatasi India pada 13 Julai, sebagai pusat baharu pandemik di Asia, dengan jangkitan harian melebihi 40,000 kes selama dua hari berturut-turut, dua minggu selepas perayaan Aidilfitri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda