WASHINGTON, 20 DIS – Penasihat utama pandemik Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci, kelmarin telah memberikan amaran musim sejuk akan datang ketika varian Omicron mencetuskan gelombang baharu jangkitan seluruh dunia, membawa kepada pelbagai sekatan dan kebimbangan terhadap kapasiti hospital.
“Satu perkara sangat jelas ialah keupayaan luar biasa Omicron untuk tersebar,” kata Fauci kepada NBC News. “Ia mengganas di seluruh dunia.”
Sejak pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada November lalu, Omicron telah pun dikenal pasti di puluhan buah negara, mendorong banyak negara mengenakan semula sekatan perjalanan dan langkah pencegahan lain.
Walaupun terdapat tanda ia kurang bahaya daripada varian Delta, ia masih lagi dianggap sebagai varian dominan dan dikatakan sangat cepat bermutasi seperti dalam maklumat awal ia mempunyai tentangan terhadap vaksin dan merebak lebih cepat.
Fauci juga memberi amaran tentang terlalu banyak sikap optimis terhadap bahaya Omicron, menekankan bahawa di Afrika Selatan, sementara kes kemasukan akibat jangkitan lebih rendah daripada Delta, ini mungkin disebabkan oleh imuniti dimiliki pesakit terhadap jangkitan sebelum ini.
“Tidak kira dari sudut mana awda melihatnya,” katanya, “Apabila awda mempunyai banyak jangkitan, walaupun kurang teruk, ia dapat mengatasi yang ringan, kepada pengurangan sederhana dalam jangkitan teruk.”
“Hospital kita, jika dilihat perkara ini buat masa sekarang dalam tempoh seminggu atau dua, akan menjadi sangat terbeban,” terutama di kawasan dalam negeri yang mempunyai kadar vaksinasi rendah, kata Fauci. – AFP