Friday, August 12, 2022
32 C
Brunei

‘Omicron tidak membimbangkan setakat ini’

-

WASHINGTON, 6 DIS – Petunjuk awal mengenai bahaya varian Omicron COVID-19 menunjukkan perkembangan menggalakkan, kata penasihat pandemik Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci, semalam.

Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut berhubung varian membimbangkan (VOC) itu masih diperlukan.

“Omicron ada kelebihan dari segi penularan di Afrika Selatan, di mana varian itu pertama kali dilaporkan, apabila kes tiba-tiba melonjak secara mendadak.

“Meskipun terlalu awal untuk kita mengeluarkan kenyataan muktamad berhubung varian itu, setakat ini ia tidak menunjukkan tahap bahaya yang membimbangkan.

“Setakat ini, petunjuk adalah sedikit menggalakkan,” katanya.

Kajian makmal giat dijalankan untuk meneliti sama ada pelbagai mutasi dalam Omicron lebih memudahkan penularan jangkitan berbanding strain lain, ‘kebal’ kesan vaksin atau mengundang gejala teruk.

Keputusan kajian itu dijangka diperoleh dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kes Omicron setakat ini dilaporkan di lebih 40 negara dan 15 negeri di AS. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -