Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Op Dadu Khas: 387 individu ditahan di S’wak

    KUCHING, 22 OGOS – Seramai 387 individu terlibat dalam kegiatan perjudian ditahan menerusi Op Dadu Khas yang dijalankan dari 14 Julai hingga 14 Ogos lepas di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. 

    Beliau berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan umur 20 tahun hingga 63 tahun itu terdiri daripada 360 orang warga tempatan manakala 27 lagi adalah warga asing.

    Menurutnya, modus operandi bagi kegiatan perjudian itu ialah menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menghantar pautan laman sesawang perjudian kepada pengguna.

    “Seramai 251 orang yang ditahan adalah lelaki manakala jumlah rampasan bernilai RM47,705. Kegiatan mereka ini termasuklah judi dalam talian, pertaruhan, sabung ayam dan judi di tempat bebas. 

    “Kita sudah mengenal pasti beberapa laman sesawang perjudian dan telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyenaraihitamkan laman sesawang tersebut. Yang ditangkap bukan dalang kegiatan ini tetapi mereka yang menjaga premis dan kaunter perjudian,” katanya selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...