Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Op Payung pastikan SPM lancar

    TUARAN, 2 MAC – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengaktifkan Op Payung sebagai langkah siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam termasuk banjir sepanjang berlangsung peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini hingga 29 Mac.

    Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata ini bagi memastikan peperiksaan awam itu berjalan lancar dan semua calon SPM dapat mendudukinya mengikut jadual.

    Beliau berkata pihaknya telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang diedarkan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah di Sabah, memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak menentu, dikhuatiri boleh menyebabkan bencana banjir serta tanah runtuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...