OPEC adakan pertemuan bincang tangani isu minyak

LONDON, 3 MAC – Kumpulan negara pengeluar minyak OPEC akan mengadakan pertemuan di Vienna untuk membincangkan cara untuk menangani permintaan minyak dunia yang semakin merosot dengan ketara akibat penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Pertemuan dua hari yang luar biasa itu akan melihat OPEC, yang dipimpin oleh Arab Saudi, dan sekutu-sekutunya dalam kumpulan OPEC + yang paling utama di antaranya Rusia – membincangkan bagaimana untuk menghentikan kemerosotan harga minyak dalam tempoh dua bulan yang lalu selepas penularan wabak COVID-19.

Pada mesyuarat terakhir mereka pada bulan Disember, pengeluar bersetuju untuk memotong pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari, dengan Arab Saudi menawarkan pemotongan 400,000 tong lagi secara sukarela. Pemotongan yang diumumkan pada bulan Disember pada mulanya berkembang positif seperti yang dimahukan tetapi kembali menurun selepas wabak tersebut.

Kedua-dua tanda aras harga minyak, Brent di Eropah dan WTI untuk Amerika Syarikat, jatuh sekitar 30 peratus sejak awal Januari dan telah menguji paras terendahnya selama lebih daripada setahun. Dalam perdagangan Asia hari ini, minyak mentah Brent naik 2.5 peratus pada AS$53.17 setong dan West Texas Intermediate adalah 2.7 peratus lebih tinggi pada AS$48.01. – AFP